Thursday, January 27, 2011

c0uple???



Adakah islam membenarkan atau melarang sama sekali budaya  berkenaan (c0uple):
-perasaan cinta serta rasa kasih sayang diterima islam sebagai satu yang normal.kisah Nabi Yusuf A.S Zulaikha boleh dijadikan sebagai panduan.Allah berfirman yang bermaksud:”Dan sebenarnyanya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula(mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya(tentang kejinya perbuatan zina itu)...(Surah Yusuf ayat 24).Nabi Yusuf Berjaya mengawal diri daripada terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina.Islam  mengariskan beberapa panduan dalam menjaga tata susila terutama hubugan antara lelaki dan perempuan,antaranya (1)-tidak dibenarkan pergaulan bebas(2)-menjaga adap pertuturan dan berpakaian(3)-tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram(4)-menjaga pandangan mata(5)-ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.Dalam keadaan itu,berpasagan dan percintaan dibenarkan.Secara umumnya,perasaan kasih dan saying termasuk dalam prinsip dan nilai terbaik yang diterima islam.Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila mahluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain.Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga,ibu bapa,anak,jiran,bangsa,negara dan seterusnya.Cinta kepada ALLAH adalah cinta hamba kepada penciptaNya dan cinta kepada RASUL pula adalah pembimbing manusia sejagat kepada ALLAH dan agamaNya.Walau bagaimanapun,budaya berpasagan dan bercinta tanpa panduan agama seta meniru cara hidp orang barat yang bebas dilarang kerana membawa keruntuhan moral dan akhlak individu dan masyarakat........

1 comment:

Anonymous said...

cehwah...jgan smapy kecewa sudah....huhu